My Web


Tuesday, June 28, 2011

Kisah dari lubuk Angker (Seram..eee takotnye..takotnyee..)

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2008 yang lalu apabila seorang lelaki dikatakan telah mengalami gangguan mental yang teruk akibat peristiwa yang pernah dia lalui nya. Ini menyebabkan dia terpaksa menanggung sesuatu perasaan yang menakutkan sepanjang hidupnya.

Al Kisahnya bermula apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Amir telah berkenalan dengan seorang gadis melalui laman sembang atau lebih dikenali sebagai Yahoo messenger. Mereka saling berhubungan di situ sehingga suatu hari Amir dengan membanggakan diri telah mencuba meminta nombor telefon gadis yang bernama Yana itu. Setelah bermacam ayat dan cara digunakan Amir,akhirnya Yana bersetuju untuk saling bertukar nombor telefon masing2.

Selepas itu, mereka saling berhubung antara satu sama lain di telefon. Tetapi selama perkenalan mereka, Amir dan yana tidak pernah sekali p0n berjumpe. Tapi itu tak menjejaskan perhubungan mereka, malah setelah hampir setahun mereka berhubung akhirnya Amir telah menyatakan perasaannya terhadap Yana. Yana juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Amir. Akhirnya mereka p0n mula bercinta.

Setelah setahun bercinta, akhirnya Amir menyatakan hasrat untuk pergi berjumpa dengan yana pada hari raya tahun 2008 itu. Setelah selama ini mereka hanya bercinta di atas talian, sudah sampai masanya untuk mereka berjumpa. Amir rasa sangat gembira apabila permintaannya itu disambut baek oleh pihak Yana. Mereka p0n telah merancang untuk berjumpa pada hari raya puasa kedua.

Apabila hari yang ditunggu oleh Amir sudah tiba, akhirnya Amir telah bertolak ke rumah orang tua Yana yang terletak di Kedah. Amir pula duduk di Johor. Memandangkan perjalanan Amir yang jauh tu, mereka sempat ber-sms antara satu sama lain. Macam-macam soalan yang ditanya Amir pada Yana. Sebenarnyew Amir masih rasa malu untuk berjumpa Yana dan orang tuanya memandangkan selama ini dia tidak pernah kenal sape Yana dan keluarganya itu, hanya mendengar suara di telefon saje.

Apabila Amir sudah sampai dihadapan rumah orang tua Yana,didapati banyak kereta dihalaman rumah itu. Pada fikiran Amir, itu tentu kereta saudara mara Yana. Dan amir pon telah memberi mesej kepada Yana untuk menyatakan yang dia sudah sampai. Mesejnya dibalas Yana dengan pelawaan menjemputnya masuk ke rumah. Setelah itu, Amir pon keluar dari kereta dan memberi salam kepada tuan rumah. Salamnya dibalas oleh seorang lelaki yang sudah agak berusia dan menjemputnya untuk masuk ke rumah.

Setelah masuk ke rumah, Amir cuba-cuba melihat keadaan dalam rumah itu kalau-kalau ada ternampak kekasih hatinya iaitu Yana. Tetapi kelibat seorang wanita muda pon dia tidak nampak. Setelah itu, orang tua Yana menyuruh Amir duduk lalu mereka bertanya siapa Amir dan ape hajat dia datang ke situ. Amir p0n memperkenalkan diri dan menceritakan perkara sebenar yang dia hajati untuk datang ke situ.

Setelah mendengar penjelasan Amir itu bahawa kedatangan ke situ adalah untuk berjumpa Yana, kedua-dua muka orang tua yana itu tiba-tiba berubah. Beberapa ketika, mak Yana telah menitiskan air mata secara tak sengaja. Amir terkesima sebentar. Dia terpana, kerana tak tahu apa yang telah terjadi. Selepas itu, bapa Yana menceritakan perkara yang sebenar kepada Amir dan sebelum itu dia menyuruh Amir supaya bersabar dengan apa yang nak disampaikannya. Amir masih terpinga-pinga berasa pelik dan mendengarnya dengan penuh teliti.

Bapa Yana telah memberitahu bahawa Yana sudah 2 minggu meninggal dunia. Hah!!! Apa, dah meninggal???!!!! jawab Amir dengan penuh rasa terkejut yang amat sangat. Amir berasa seperti tidak percaya dengan penjelasan bapa yana itu. Penjelasan bapa Yana itu jugak telah diakui sendiri oleh emak Yana. Tapi Amir masih tetap tidak percaya. Amir pon menceritakan yang dia masih ada bermesej dengan Yana selama seminggu yang lepas. Dia berkata Yana sentiasa ade membalas selama mereka ber-sms sehingga lah ke hari ini. Amir berkata, "siapa pulak yang membalasnyew kalau bukan Yana pakcik???" Amir tetap tidak puas hati dengan hal itu dan ingin mengetahui perkara yang sebenar jugak.

Memandangkan Amir yang tetap tidak mahu mempercayai Yana telah meninggal dunia, maka kedua orang tua Yana pun mengajaknya ke pusara Yana untuk Amir lihat sendiri buktinya. Maka mereka pon pergilah ke pusara Yana yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu. Setelah sampai Amir melihat batu nisan yang tertera nama Yana. Amir berasa sedih, dan baru dia teringat sebelum ni Yana pernah beberapa kali bertanyakan soalan pelik2 kepadanya yang berbunyi seperti, "kalau yana sudah tiada dalam dunia ni, abang amir boleh ke hidup tanpa yana???""Yana ada sakit abang, abang sudi ke terima Yana walau ape pon yang terjadi???"..tibe-tibe kata2 itu terngiang-ngiang ditelinga Amir. Selama ini amir hanya menyangka pertanyaan itu adalah sekadar gurauan tetapi itu lah tandanya. Amir berasa sangat sedih,hanya tuhan je yang tahu perasaannye masa tu.

Setelah beberapa ketika, Amir tersedar dari kesedihan dan seperti orang yang tidak puas hati dia telah berkata." saya tak percaya pakcik Yana dah pergi!!!.. saya nak jugak tengok dia kalau betul lah ni kubur dia..untuk kali ni jer pakcik.. tolonglahh!!!.. Bapa yana berasa bersalah jika tidak memenuhi permintaan terakhir Amir itu lalu dipanggilnye seorang tukang gali kubur yang kebetulan sedang membersihkan kawasan kubur disitu. Sedang itu, bapa Yana sempat memberitahu Amir, semasa sebelum Yana menghembuskan nafas yg terakhir Yana sempat membuat permintaan yang jika dia mati, tanamlah dia sekali dengan handfonnyew. Ini kerana dia terlalu sayangkan Amir dan handfon tu laa yang menjadi penghubung antara mereka sebelum ini. Maka ditanamlah sekali bersama jasadnyew. Amir mendengar dengan penuh kehairanan bercampur kesedihan yang terlampau. Pada masa yang sama kubur Yana digali sehingga menampakkan sekujur tubuh didalamnya. Amir melihat dengan terkejut dan berasa cemas. Perasaan seram tiba-tiba telah menghantui dirinya, lalu dia menyuruh tukang gali kubur itu menimbus kembali untuk menutupnyew semula.
Sebelum melangkah pulang dari kubur itu, Amir terus mencapai handfon nokia 3310 nye lalu memberi mesej ke nombor Yana yang berbunyi..." Yana, awak dah matikan??? Cam ner awak boleh reply mesej abg sebelum ni kalau betul2 awk dah mati???.. tidak lama selepas itu handfon Amir berbunyi..teett..teettt... "1 mesej diterima" Lalu Amir dengan perasan yang agak cuak dan tangan yang terketar-ketar menekan button handfonnyew membuka mesej itu dan membacanya. Seperti kelihatan orang tersampuk syaitonirojim Amir terkejut kerana mesej yang dibalas yana itu tertulis.." A'ah Yana dah mati abg.. memang yana boleh balas mesej abg sebab Yana kan pakai nombor DiGi.. 'BERSAMAMU..WALAU DIMANA JUA..."hahahaa3.


TAMAT.



rase2 nak hempas laptop or pc tak???hahaa3..jangan2..kalau taknak bagi sy jer..hehe3..jgn marah erk.. Ini adalah cerita rekaan semata-mata. Tiada kene mengena dengan paksaan,desakkan orang mahupon yg hidup ataup0n yang sudah mati..:p Saje nak promote DiGi..hehe3. (^-^)v peace!!!..


Time kasih sebab sudi membace....


nanti nak wat citer 'hantu kak midah balik kedah' pulak..huahuahuuaa..












*semalam tengok citer Karak kat youtube, tu yang jadi terpengaruh wat citer hantu plak nie..penat jari taip panjang2..huhuu3

Monday, June 27, 2011

susahnya nak faham orang pempuan nih!!!!

assalamualaikum...

Malam nie da beberapa kali aku berguling2 atas katil nie. Macam orang putus cinta la plak. Nak kate aku frust menonggeng takder maknenyew...3 ketul ayam Kepci abes aku melantak tadi. Selera gajah kot macam tu. Tapi tu laa, dalam hati nie tetap rase tak keruan..arrhh ayat...

Susah betul bagi seorang lelaki yang berjiwa kental macam aku nie nak memahami ati seseorang wanita. Maklumlah aku bukannyew kumpulan Jambu..ade taman lam hati beb!!! Aku cume ade taman permainan jer dalam jiwa aku nie sebab tu laa susah nak jiwang2 dan romantik2 nie. Aku tak fahamlah kenapew jiwa perempuan nie sensitif sangat??? Ade salah cakap sikit dah merajuk.. Kalau tak pujuk tarik muke pulak, pastu sampai balik p0n tak bertegur.. arrhh...susahnyew... aku tak pandailah nak pujuk2 nie..cume boleh mintak maaf jer..huhu3..

Kadang kadang rase tak tahan jugak tapi tak leh watpe lah sebab dah sayang punyew pasal, terpakse terima jugakla seadanya. Macam mane dan bile lah aku boleh nak faham ati orang pempuan nih tak tahu lah..huhu3.. Mungkin bergantung pada masa dan tempat kot.. Dah tak mau kegelisahan ni terus menghantui diri sendiri.. 5 kali aku jatuh katil sebab berguling2 macam nie. Harap orang2 pempuan p0n kenelah memahami ati orang lelaki jugak..(asyik lelaki jer yg nk kene faham pempuan..mne aci..huhu3.).

Luahan hati dimalam hari.....

Malas lah nak layan perasaan sangat..bukan masalah aku p0n, masalah member je kot..lantaklaa dye setel sendiri.. aku gi teng0k maharajalawak lagi bag0s...(5 kali dah teng0k siaran ulangan).


hahahaahaaa...(gelak sorang2)..






*aku da jadi macam xbetul jer malam ni...taip entri p0n macam orang gile jer..haaaa..aku memang seorang yang blurr.... Time kasih pada yang sudi membaca.. L0ve u all!!!....(^_^)v

Saturday, June 25, 2011

manisnya kurma ini??? hhaaaa...semputt..!!!

assalamualaikum...

Malam yang membuatkan aku seperti tersampuk iblis syaitonirojim apabila menont0n maharajalawak final tadi. Sampai nak terputus urat kentut dan usus perut aku ketawa dibuatnyew. Macam dah kene sawan kucing dah.."tanjat boboi"!!!..huhu3. Lawak dorang memang giler babi babyboy laa.. terbaik dari ladang gandum.

Arrhh..malas nak taip panjang2..nak cakap p0n takguna,kalau tendang da c0nfirm tak kene..sebab kaki pengkoq.. OMG!!!..hahaa3.. Memang aku dah jangkakan dari awal lagi kumpulan Sepah memang akan jadi juara lah. dan terbukti malam nie dorang dapat gelaran maharajalawak tu.. Lawak dorang memang lawak melayu tulen lah. "baek punyew"..Tak sia2 aku ngundi.. u are the best br0!!!.. Mungkin rezeki anak shuib kot..huhu3. Papep0n yang lain p0n best gak..Tahniah wat semua..

Keputusan 1(sepah) 2(jozan) 3(nabil) 4(jambu)...Terbaik!!! ^_^v peace Y0ww!!!!

p/s: nabil best dapat duit sorang2..lebih dari yang lain lain lg..dengki aku..grrr.. Nabil,belanjew aku evo10 sebijik boleh????hehee3

Majulah industri lawak untuk negara!!!


ni part 1 dari sepah..law nak tengok yang lain2 gi cari sendirik kat y0utube k.




*memang senak perut ketawe guling2 atas lantai teng0k lawak dorang semua tadi..nasib baek tak hilang nyawe...huhu3

Thursday, June 23, 2011

Burung aku suke tembak..bile dye tembak dye suke marah..bile dye marah dye nak pecahkan...pecahkan ape...aarrhhh..xtawlaa nak cakap ape dah!!!..

Assalamualaikum wbkt...

Sejak 2 menjak nie aku dah kekurangan idea nak tulis entri kat bl0g nie.. Otak da blurr tahap kritikal dah.. Pastu timbul lak perasaan malas kat dalam diri..memang susah laa kan.. Tapi aku cube gak nak cari benda2 baru dan bahan2 untuk aku update gak blog nie. Kalau tak sape lagi yang nak update kan kan.. Takkan anak makcik kat depan rumah aku lak nak taipkan entri atau tukang kebun kat sekolah aku ni plak kan..

K,laa aku tak mau sembang kemas tak jatuh banyak2 sangat, s0 straight t0 da p0int jela erk.. 0k, melihatkan pada tajuk entri kat atas tu mesti anda,anda, dan anda semua rase pelik tahap nak muntah hijau kan..huhu3. Mesti tertanya2 apekah maksud burung yang aku cakap tu kan....hehe3..dah..dah.. jagan pikir biru blue lak, sebenarnyew memang semalam aku main burung aku.. tapi tu laa, burung aku tu suke sangat bunyi macam marah2.. dahlaa suke tembak2..aku p0n tak faham kenapew terjadinyew kepada diri beliau..huh..ayat,tak bley blah punyew..hehe3..tak der berbaur lucah kan..huhuu..

Mesti anda, anda dan anda semua masih tertanyew2 lagikan, apekah maksud aku berkaitan ngan burung itu kan.. 0klaa, macam ni laa senang..aku p0n malas nak taip panjang2 sebab abang orang besar aku ade masuk dalam bilik aku ni dan memandangkan this time lak aku sedang bekerja s0 aku terpakselah meringkaskannyew.. Kalau korang nak tahu dan nak teng0k burung aku tu j0m laa teng0k kat bawah nie..

"
"
"
"
"
"
"
"








teng0k burung aku tuh,siap leh terbang lagi..hahaha..

Angry Birds..

Haa ni laa burung yang aku maen dan maksudkan tu nye punn...huhu3. Semalam baru install kat dalam lapt0p.. Mule2 tu ingatkan senang jew sebab teng0k macam game budak hingusan tadika jerr.. Sekali maen mula2 senang, naik level makin susah dan makin menguji minda lak.. Memanglaa maen tembak jer, tapi kene tembak pada sasaran yang tepat dan betul.. Memang jenuhla nak aim lubang target betul2 dan kene ade teknik lak tu..baru dapat mata lebih..huhu3. Yang paling best mase level complete tu, suara2 burung berteriak tak hengat tu memang maharaja lawak laa..hahaha3..memang lawak dari amir rajalawak tuh..wakakaa..

Ape2 p0n kalau anda semua nak join maen game tu download je laa kat link nie.. fileserver
thankz t0 Mr Hac.






* ari2 aku maen burung...memang jinaklah xlame lagi...hehehe3

Tuesday, June 21, 2011

Aku dah jadi k0mander..jangan dengki K!!!..

'Sarjan!!!...j0m kite lancarkan serangan kat negeri 9...kite akan jadikan negeri 10..!!!. hahaha3.. '
'Baik komander..kita akan lancarkan serangan sekarang juga!!!!.. 0ooyeaahh..'


Ermm itulah antara dial0g2 yang selalu aku gunakan.. Beselah semenjak dah jadi komander ni busy sikit. Sebab tu berblog nie p0n dah kekurangan masa. Tapi ari nie aku akan khabarkan pada dunia bahawa aku sudah jadi se0rang k0mander untuk sc0ut baru iaitu sc0ut Firdaus's Empire!!!

Kerja se0rang komander memang mudah..cume arahkan tentera sajer.. tapi kadang2 ia menguji keimanan jugak sebab terpakse membuat keputusan untuk menyerang sesuatu kawasan atau tempat itu untuk ditakluk.. Dan ia melibatkan nyawa rakyat yang tidak berdosa.. Jahat kew aku??? tapi tu lah yang terpaksa aku buat untuk meluaskan empayar aku. Baru lah orang akan hormat kat aku dan dipandang tinggi sekali. hahaa3.

Nak citer banyak p0n tak guna, kalau tendang p0n tak kena..s0,aku nak bagitau lah yerr..sekarang aku dah memiliki aset dan kawasan sendiri.. Tentera-tentera aku semua hebat2 belakew. Aset lak ade rumah sewa,bangunan kerajaan, ladang2,estet2, kapal terbang perang,jet2 pejuang, kapal perang, dan hasil perlombongan yang besar.. Aku ade gak geng2 sekutu aku..bukan kutu kat atas kepale tu..tu kutu babun namenyew..ingat NATO je kew ade geng2 sekutu n kuase vet0..aku p0n ade lah..Hahaha3..aku suda jadi raja dan ade tanah sendiri..korang ade kew???huhu3


Mesti korang tak caye kan aku jadi komander sekarang nih???
K, kat bawah ni aku nak tunjuk sket kawasan yang dah aku jadikan empayar aku sendiri tu.. Korang teng0k mesti dengki punyew sebab korang tak leh jadi komander macam aku kan...hahaha3. Dan korang p0n takder harte macam aku ade ni kan...hahaha3.. cerr teng0k..kalu teruja kasi jatuh(angguk) korang punye kepala...ngEh3..







caye tak???caye tak??? heheh3..


Sebenarnyew aku jadi komander dalam game ni jelaa..hehehee3..

klik gamb0 utk pembesaran...

time boring2 takde kerja ni...kerja ni lah yang aku wat part time..hahaha3.. Best apew jadi k0mander walaup0n dalam game.. sekurang2nyew otak kite nie leh jadi cerdas skit sebab bukan senang nak aturkan strategi2 peperangan nie... huhu3. Korang semua yang ade pesbuk tu j0mlaa join...Sape nak kena serang ngan aku dulu, j0mlaa kalau berani!!! hahahaha.




*Taip entri sambil menikmati sosej.." ermm sedap gak kulum makan sosej nie sambil maen perang2..huhuu".



thankz t0 fyqa..Follower ke-21 (ermm sikitkan..baru 21 orang jer..huhuu3..)

Friday, June 10, 2011

Suatu hari dihari jumaat

Assalamualaikum wbkt...

Pagi-pagi nie macam biasa lah aku kene pergi sekolah untuk urusan kerja,bukan untuk aku pergi camping 0r bersuka ria disini. Biasalah tanggungjawab untuk anak didik nie memang berat sikit. Tapi macam biase jugak aku tetap cool menghadapinyew. Walaup0n terasa penat 2,3 menjak nie tapi tu semua sebagai satu cabaran dan dugaan untuk aku.

Nampak tak mukadimah tu???huhu3, tapi bukan itu yang aku nak sampaikan. Aku cume nak share macam mane perasaan teruja dan gembiranye aku pada hari ini ngan korang semua.(sape2 yang bace jelah..yang tak bace tu maknenyew tak terlibat lah k..)huhu3. Aku gembira bukan sebab dapat anak kucing baru atau bukan sebab dapat awek baru tapi....jap lagilah aku gitau..awal lagikan..wat ayat dulu..hehe3. Setelah penat menunggu hampir seminggu akhirnyew aku dapat jugak ape yang aku inginkan. Nak taw ape yang aku dapat tu??? ok, jap-jap...nak sambung ayat lagi nie..hehe.

Sebenarnye dah lame aku nak dapatkan benda tu, tapi no have more money..jadi terpakse lah aku berusaha lagi untuk mencukupkan nyew. Dah setahun aku mengidam..eh macam org mengandung plak..huhu.. tapi tula mungkin rezeki tak der lagi mase tu. Susah kalau nak menyimpan duit nie sebenarnyew, maklumlah barang sekarang semuanya dah naek harge,bukan macam zaman sekolah rendah dulu..nasik lemak p0n baru 20 sen..nafsu kebendaan p0n kuat..jadi tak boleh watpe lah. Tapi biase lah tu kite kene lah ikot perubahan mase kan. 

Aku malas nak mengharap belas dari orang tua aku, kesian pulak kat dorang. Lagipon selama nie dorang dah bagi macam2 dah kat aku. Takkan nak menyusahkan diorang lagi kan.(tapi memang dorang takkan bagi punye,lagip0n aku da kerja dan dah besar..dorang cakap pandai2 lah kau cari duit sendiri..takkan lah nak mengharapkan mak ayah lg..huhu). Nak wat pinjaman karang, banyak lak interest..pejadah aku nak bayar bunge kat bank tu kan. Nak pinjam ngan kawan2, isshh tak mau la aku..bukan prinsip aku macam tu. Nak r0mpak bank..uishh, mau kedalam aku nanti dibuatnyew. Nak harapkan duit nuffnang??? tak payah lerr..dye kedekut ngan aku.. Jadi terpakse lah aku cari sendiri untuk dapatkan ape saje yang aku inginkan termasuklah benda yang aku dapat ari nie.. Usaha demi usaha dan kerja keras aku(keras kew??macam kerja pecahkan batu pulak..huhu), lame2 bertambah gak simpanan aku...hehe3..perasaan gembira tahap babun tu masih tak reda lagi nih..hehe3.

Mesti korang excited nak taw benda ape kan??? Tak yah la taw..boleh tak???hehe3. 0k2..aku bagitau lah, nanti korang nanges gitau kat mak pulak..haha3. Sebenarnyew ari nie aku baru jer dapat memiliki seorang perempuan cantik sebuah lapt0p Hp Pavilion G4 intel i3 edaran Tan Chong mot0r. huhu3. Teruja nyew aku..haha3.  Nak teng0k??? search jelaa kat encik G0ogle tu..

macam ni lah model dye..tapi nie gambar aku ambik dari ihsan encik g0ogle tu..


Tapi papep0n aku nak berterima kasih gakla kat abang ngah aku sebab dye p0n ade tolong aku jugak untuk dapat kan lapt0p tu. huhu3. Kalau tak, mau berjanggut 2 kali lagi aku terpakse menunggu.huhu3. Syukur alhamdulillah..:). Harap korang p0n kalau nak dapatkan sesuatu tu berusaha lah dengan bersungguh-sungguh k. Yang penting korang kene ade matlamat korang masing-masing. Insyaallah kalau korang berusaha, korang pasti akan dapat ape yang dihajati.

K,laa tu jer aku nak citer kat entri kali nie. Semoga korang heppi new year gak bersama aku hari nie yerr..Tambah2 ari nie ari jumaat, harap hari nie akan jadi hari permulaan yang terbaek dalam hidup aku dan pembaca semua..Insyaallah..

K,laa terima kasih sebab sudi membaca...^_^v peace n0 war!!!







*nak godek2 lapPy nie jap(ayat buDak2 gedik)...hehe3. (Ari nie kene gi sembahyang jumaat jap lagi) :-)

Wednesday, June 8, 2011

Apabila ribut petir melanda

Assalamualaikum..

Apabila petang melanda seperti waktu sekarang nie, aku tiba-tiba jadi tak tentu arah. Perasaan fobia telah merasuk ke dalam diri seperti seekor iblis telah merasuk seorang gadis bawah 18 tahun.. Menjerit huuhaaa..huuhaaa sane sini seperti orang hilang akal.
 


Nak taw kenape aku jadi cam tu??? Ini disebabkan apabila waktu petang2 camnie, ribut ditemani or diiringi petir telah membuat pesta kat kawasan perumahan aku nie. Mane taknyew aku boleh jadi fobia, bayangkanlah waktu aku tengah2 mandi tu, tibe2 angin bertiup bapak segale bapak kencangnyew. Atap zink rumah macam nak tercabut dibuatnyew diiringi dengan bunyi-bunyian gedumm..gedammm..kebab0oo... (bunyi petir laa tu.) Maunye aku tak terlompat sambil sempat latah mencarut. Nak terlondeh kain basahan mandi terkejut beruk makyehh bila dengar semua tu. Kalau tak mesti dah nampak...tuuuttt....:p

Teringat pulak 2,3 minggu lepas, apabila petir telah melande kat rumah aku yang paling dasyat. Dah rase macam kat medan perang dah. Mase tu aku tgh godek2 lapt0p sebab nak siapkan installer software nyew. Tengah-tengah godek tu, tibe2 dengar bunyi letupan yang sgt kuat. Dan tibe2 aku rase sebelah kaki aku macam terangkat dan berase kebas jer. Tak lame kemudian terase pedih2 sikit. Rupenyew aku telah terkena efek dari petir yang amat dasyat tu. Aku gak yang silap sebab mase ribut macam tu boleh pulak aku sambungkan wayar charger ngan letrik. Memang kene short laa.. Naseb baek laptop tu tak jadi pape..Kalau tak mau menangis aku dibuatnyew sbb tu laptop orang.huhu3. Tapi yang aku pelik,duduk lam umah p0n boleh terkena efek petir tu. (mungkin aku ade bercakap bohong ngan orang kot sebelum nie.huhu3.)

Dan disebabkan petir tu membuatkan p0kok rambutan depan rumah aku patah teruk. Seperti kaki pemain bola kene peteh..bahase bakunyew tackle.. Dan juga disebabkan peristiwa tu aku dah menjadi fobia bile hujan2 ribut cam sekarang nie. Takot bile bunyi petir. Korang pernah kene petir??? mesti takkan..law tak mungkin dah arwah dah kan. Aku yang terkena efek dye p0n rase sakit giler dah. Papoep0n aku tetap bersyukur sebab masih boleh hidup lagi dan takde kesan buruk yang terjadi kat diri aku. Dan itu juga mengingatkan aku supaya sentiase menginsafi diri. Syukur alhamdulillah.itu semua menunjukkan kekuassaan tuhan yang maha Esa dan kite hanye hambanyew yang kerdil lg lemah.

Harap-harap ribut petang nie dapat reda ngan cepat..Sangat fobia dah nie..
Takm0 type panjang2 dah..nanti takot kene sambar lagi..huhu3






*ayah pesan, kalau dengar petir kuat2 tu cepat2 lah gi azan..insyaallah ribut tu akan reda ngan sendirinyew. Jangan tutup telingew pulak..huhu3.

Thursday, June 2, 2011

law0k ter-barbee giler!!! khas utk peminat ManU...haha3

Assalamualaikum...

Ari nie aku nak kongsikan satu adegan vide0 dimana alex fergus0n memang pandai bercakap dalam bahasa kite..bahasa melayu laa ape lagi...huhu3. Seperti di entri aku yang lepas berkaitan kekalahan ManU terhadap Barcelona pada perlawanan EUFA CL sabtu lepas. 

Selaku jurulatih yang telah membawa pasukan nyew ke final tetapi kalah, alex ferguson telah ditemuramah oleh wartawan Malaysia,yang bernama awang selamat.. Tapi, memang pakcik fergie nie tak leh terima kenyataan sampai nak tumbuk muke wartawan tu kerana merasa tak puas hati pada keputusan perlawanan malam tu.. Sama2 kite saksikan kat bawah nie k...
"
"
"
"
"



carik sendiri kat youtube

'00hhookkk..00oohoookk'......hahaha3..da tua macam tu laa.. 
'Aku tumbuk muke kau'...hehe3..gangter gak pakcik fergie nih..hahaha3.


Lawak beben0r..nak putus urat pankreas aku nih ketawe..wahahahaa3..




*Buat peny0kong taksub 0r fanatik ManU semua janganlah marah k..nie sekadar gurauan jer k.. Kalau xleh nak gurau2 gi duduk sungai Amazon laa.. "mala kulu kulu..mala kulu kulu" ape p0n tak boleh...hahaa3.

Cuba klik dulu

Kongsikan Bl0g anDa diSini..^_^v