Seperti juga kehidupan untuk diri aku, selalu diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sewaktu meniti usia kehidupan ini. Namun semua itu harus aku tempuhi untuk meneruskan perjalanan yang bernama kehidupan ini. Kadang kala aku merasakan hidup ini terlalu sukar dan terlalu rumit. Pelbagai perkara yang harus dihadapi dan perlu cari penyelesaiannya yang sendiri. Tetapi semua itu tidak pernah sesekali mematahkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan dan aku sentiasa mencari keindahan dan kebaikan dalam hidup ini.
Aku bukanlah anak orang yang senang sangat dan kehidupan aku hanya sederhana tapi aku tetap bersyukur kerana telah diberikan sebuah keluarga yang baik. Bagi aku keluarga aku adalah terlalu istimewa dan mereka menjadi pelengkap untuk aku merasakan kenikmatan hidup ini. Mereka juga yang memberikan aku semangat utk terus jalani kehidupan dan menjadi sumber inspirasi untuk aku berjaya dalam apa jua yang aku buat. Tanpa mereka mungkin aku tiada didunia ini dan tanpa mereka aku tak kan dapat jalani kehidupan ini sendirian. Keluarga adalah salah satu perhubungan yang terlalu penting bagi seseorang itu untuk terus dapat mengecapi hidupnya. Oleh itu,aku sayangkan keluarga aku.
Dengan itu kita semua haruslah menghargai kehidupan yang telah diberikan ini dan hargai apa yang telah kita ada sekarang. Bagi aku kehidupan ini bukanlah sukar jika kita pandai menjalaninya. Setiap dugaan dan cabaran itu bukanlah sbg penghalang untuk kita teruskan hidup didunia yang sementara ini, jadi hiasilah kehidupan kita dengan keindahan dan keceriaan serta banyakkanlah berdoa kepada Nya semoga hidup kita ini sentiasa diredhai. Bak kata pepatah orang yang xmenghargai kehidupannya,hdupnya akan tidak akan bermakna dan sentiase tersesat manakala orang yang menghargai kehidupannya,hidupnya sentiase berlandaskan garis yang betul dan sentiasa bersama orang2 yang cemerlang.. Jadi, fikir2la sendiri utk kehidupan masing-masing.
Inilah serba sikit yg dapat aku kongsikan utk semua. Kalau ade kelemahan tu aku akan perbaiki lagi. Harap dimaafkan law ade salah n silap kata. Pape pon bagi aku "Life is Simple". Aku sudahi dengan
Assalamualaikum wbkt....
Idea/Tulisan : Firdaus Blurtz