My Web


Tuesday, June 28, 2011

Kisah dari lubuk Angker (Seram..eee takotnye..takotnyee..)

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2008 yang lalu apabila seorang lelaki dikatakan telah mengalami gangguan mental yang teruk akibat peristiwa yang pernah dia lalui nya. Ini menyebabkan dia terpaksa menanggung sesuatu perasaan yang menakutkan sepanjang hidupnya.

Al Kisahnya bermula apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Amir telah berkenalan dengan seorang gadis melalui laman sembang atau lebih dikenali sebagai Yahoo messenger. Mereka saling berhubungan di situ sehingga suatu hari Amir dengan membanggakan diri telah mencuba meminta nombor telefon gadis yang bernama Yana itu. Setelah bermacam ayat dan cara digunakan Amir,akhirnya Yana bersetuju untuk saling bertukar nombor telefon masing2.

Selepas itu, mereka saling berhubung antara satu sama lain di telefon. Tetapi selama perkenalan mereka, Amir dan yana tidak pernah sekali p0n berjumpe. Tapi itu tak menjejaskan perhubungan mereka, malah setelah hampir setahun mereka berhubung akhirnya Amir telah menyatakan perasaannya terhadap Yana. Yana juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Amir. Akhirnya mereka p0n mula bercinta.

Setelah setahun bercinta, akhirnya Amir menyatakan hasrat untuk pergi berjumpa dengan yana pada hari raya tahun 2008 itu. Setelah selama ini mereka hanya bercinta di atas talian, sudah sampai masanya untuk mereka berjumpa. Amir rasa sangat gembira apabila permintaannya itu disambut baek oleh pihak Yana. Mereka p0n telah merancang untuk berjumpa pada hari raya puasa kedua.

Apabila hari yang ditunggu oleh Amir sudah tiba, akhirnya Amir telah bertolak ke rumah orang tua Yana yang terletak di Kedah. Amir pula duduk di Johor. Memandangkan perjalanan Amir yang jauh tu, mereka sempat ber-sms antara satu sama lain. Macam-macam soalan yang ditanya Amir pada Yana. Sebenarnyew Amir masih rasa malu untuk berjumpa Yana dan orang tuanya memandangkan selama ini dia tidak pernah kenal sape Yana dan keluarganya itu, hanya mendengar suara di telefon saje.

Apabila Amir sudah sampai dihadapan rumah orang tua Yana,didapati banyak kereta dihalaman rumah itu. Pada fikiran Amir, itu tentu kereta saudara mara Yana. Dan amir pon telah memberi mesej kepada Yana untuk menyatakan yang dia sudah sampai. Mesejnya dibalas Yana dengan pelawaan menjemputnya masuk ke rumah. Setelah itu, Amir pon keluar dari kereta dan memberi salam kepada tuan rumah. Salamnya dibalas oleh seorang lelaki yang sudah agak berusia dan menjemputnya untuk masuk ke rumah.

Setelah masuk ke rumah, Amir cuba-cuba melihat keadaan dalam rumah itu kalau-kalau ada ternampak kekasih hatinya iaitu Yana. Tetapi kelibat seorang wanita muda pon dia tidak nampak. Setelah itu, orang tua Yana menyuruh Amir duduk lalu mereka bertanya siapa Amir dan ape hajat dia datang ke situ. Amir p0n memperkenalkan diri dan menceritakan perkara sebenar yang dia hajati untuk datang ke situ.

Setelah mendengar penjelasan Amir itu bahawa kedatangan ke situ adalah untuk berjumpa Yana, kedua-dua muka orang tua yana itu tiba-tiba berubah. Beberapa ketika, mak Yana telah menitiskan air mata secara tak sengaja. Amir terkesima sebentar. Dia terpana, kerana tak tahu apa yang telah terjadi. Selepas itu, bapa Yana menceritakan perkara yang sebenar kepada Amir dan sebelum itu dia menyuruh Amir supaya bersabar dengan apa yang nak disampaikannya. Amir masih terpinga-pinga berasa pelik dan mendengarnya dengan penuh teliti.

Bapa Yana telah memberitahu bahawa Yana sudah 2 minggu meninggal dunia. Hah!!! Apa, dah meninggal???!!!! jawab Amir dengan penuh rasa terkejut yang amat sangat. Amir berasa seperti tidak percaya dengan penjelasan bapa yana itu. Penjelasan bapa Yana itu jugak telah diakui sendiri oleh emak Yana. Tapi Amir masih tetap tidak percaya. Amir pon menceritakan yang dia masih ada bermesej dengan Yana selama seminggu yang lepas. Dia berkata Yana sentiasa ade membalas selama mereka ber-sms sehingga lah ke hari ini. Amir berkata, "siapa pulak yang membalasnyew kalau bukan Yana pakcik???" Amir tetap tidak puas hati dengan hal itu dan ingin mengetahui perkara yang sebenar jugak.

Memandangkan Amir yang tetap tidak mahu mempercayai Yana telah meninggal dunia, maka kedua orang tua Yana pun mengajaknya ke pusara Yana untuk Amir lihat sendiri buktinya. Maka mereka pon pergilah ke pusara Yana yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu. Setelah sampai Amir melihat batu nisan yang tertera nama Yana. Amir berasa sedih, dan baru dia teringat sebelum ni Yana pernah beberapa kali bertanyakan soalan pelik2 kepadanya yang berbunyi seperti, "kalau yana sudah tiada dalam dunia ni, abang amir boleh ke hidup tanpa yana???""Yana ada sakit abang, abang sudi ke terima Yana walau ape pon yang terjadi???"..tibe-tibe kata2 itu terngiang-ngiang ditelinga Amir. Selama ini amir hanya menyangka pertanyaan itu adalah sekadar gurauan tetapi itu lah tandanya. Amir berasa sangat sedih,hanya tuhan je yang tahu perasaannye masa tu.

Setelah beberapa ketika, Amir tersedar dari kesedihan dan seperti orang yang tidak puas hati dia telah berkata." saya tak percaya pakcik Yana dah pergi!!!.. saya nak jugak tengok dia kalau betul lah ni kubur dia..untuk kali ni jer pakcik.. tolonglahh!!!.. Bapa yana berasa bersalah jika tidak memenuhi permintaan terakhir Amir itu lalu dipanggilnye seorang tukang gali kubur yang kebetulan sedang membersihkan kawasan kubur disitu. Sedang itu, bapa Yana sempat memberitahu Amir, semasa sebelum Yana menghembuskan nafas yg terakhir Yana sempat membuat permintaan yang jika dia mati, tanamlah dia sekali dengan handfonnyew. Ini kerana dia terlalu sayangkan Amir dan handfon tu laa yang menjadi penghubung antara mereka sebelum ini. Maka ditanamlah sekali bersama jasadnyew. Amir mendengar dengan penuh kehairanan bercampur kesedihan yang terlampau. Pada masa yang sama kubur Yana digali sehingga menampakkan sekujur tubuh didalamnya. Amir melihat dengan terkejut dan berasa cemas. Perasaan seram tiba-tiba telah menghantui dirinya, lalu dia menyuruh tukang gali kubur itu menimbus kembali untuk menutupnyew semula.
Sebelum melangkah pulang dari kubur itu, Amir terus mencapai handfon nokia 3310 nye lalu memberi mesej ke nombor Yana yang berbunyi..." Yana, awak dah matikan??? Cam ner awak boleh reply mesej abg sebelum ni kalau betul2 awk dah mati???.. tidak lama selepas itu handfon Amir berbunyi..teett..teettt... "1 mesej diterima" Lalu Amir dengan perasan yang agak cuak dan tangan yang terketar-ketar menekan button handfonnyew membuka mesej itu dan membacanya. Seperti kelihatan orang tersampuk syaitonirojim Amir terkejut kerana mesej yang dibalas yana itu tertulis.." A'ah Yana dah mati abg.. memang yana boleh balas mesej abg sebab Yana kan pakai nombor DiGi.. 'BERSAMAMU..WALAU DIMANA JUA..."hahahaa3.


TAMAT.



rase2 nak hempas laptop or pc tak???hahaa3..jangan2..kalau taknak bagi sy jer..hehe3..jgn marah erk.. Ini adalah cerita rekaan semata-mata. Tiada kene mengena dengan paksaan,desakkan orang mahupon yg hidup ataup0n yang sudah mati..:p Saje nak promote DiGi..hehe3. (^-^)v peace!!!..


Time kasih sebab sudi membace....


nanti nak wat citer 'hantu kak midah balik kedah' pulak..huahuahuuaa..












*semalam tengok citer Karak kat youtube, tu yang jadi terpengaruh wat citer hantu plak nie..penat jari taip panjang2..huhuu3

6 comments:

Liyana Zahim said...

Cisss! Hampeh! Hahahaha.. Da ar name yana.. Bules lak die men gali2 kubo smule!!!!! Ahhhhhhhh! Kne tipu!

FirdAus BluRtz said...

hahaaa3..eh, name sama erk..hehe3.. xsengajew laa plak....huhuu3.

zaty said...

smpai wat cite antu nk promote digi. tp best gak ! haaha

FirdAus BluRtz said...

hehe3..tu laa..sushkan nk promote2 nie..hahaa3..tq sbb sudi bace..:D

Raden said...

gigih aku bace smpai abis! cam gampang weh! hahaha! islam ke tak islam nie? mati leh tanam dgn enset?

FirdAus BluRtz said...

hahaa3..padan muke ka..tu kan hanye rekaan semata2,jadi mestilah citer pon macam xlogik..hahaha..jgn marah.. Gune lah digi!!! bersamamu....

Cuba klik dulu

Kongsikan Bl0g anDa diSini..^_^v