My Web


Thursday, July 7, 2011

PM datang tempat aku wehh..hehe3. - Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2011



Assalamualaikum wbkt..

Hari ini bersamaan 7/7/2011 adalah hari yang bersejarah bagi warga Felda di kawasan Jengka nie. Hari ini Datuk Seri Najib Razak selaku PM Malaysia ada datang melawat serta merasmikan sempena Hari Peneroka 2011 Peringkat Kebangsaan di stadium mini Bandar Jengka.

Aku rasa bertuah gakla sebab aku p0n anak felda jengka nie jugak. Tadi memang ramai giler warga2 felda dari merata negeri turun ke sini untuk meraikannya. Sampaikan kat rumah aku sendiri p0n kene ambik bahagian program keluarga angkat memandangkan warga yang datang terlalu ramai.

Sudah semestinya jika PM turun kesesuatu tempat tu bukannye turun dengan tangan kosong tapi sejumlah peruntukkan telah diberikan untuk pembangunan Bandar jengka nie. Nama bandar disini yang lebih sinonim oleh penduduk setempat dengan panggilan Bandar Pusat atau Bandar Jengka telah ditukar nama sempena nama ayahanda Datuk Seri Najib iaitu Tun Abdul Razak kerana jasanya terhadap pembangunan masyarakat felda terdahulu. Bandar jengka sudah menjadi Bandar Tun Abdul Razak.

Yang paling membuatkan aku teruja sebagai anak tempatan kat sini apabila diumumkan peruntukkan untuk pembinaan 500 unit rumah kos rendah untuk golongan muda generasi felda. Ade peluanglah aku nak ada rumah sendiri lepas ni..lagip0n aku p0n memang berkhidmat di kawasan felda jengka ni jugak.huhu3.. Terima kasih Datuk Seri..

Lagi satu perkhabaran gembira untuk warga felda jengka nie apabila PM mengumumkan pasukan Felda United fc akan menjadikan bandar tun razak jengka nie sebagai tuan rumah mereka dan peruntukkan untuk pembinaan sebuah Stadium Felda United sendiri disini. Ini akan membuatkan Bandar tun razak ini akan lebih maju dan dikenali raamai. Bandar tun razak ini adalah bandar untuk orang melayu yang rata peniaganya adalah orang2 melayu. Peruntukkan seterusnya adalah untuk pembangunan infrastruktur di bandar ini. Memang sudah lama warga disini mengimpikan pembangunan seperti ini. Kami semua warga felda ingin mengucapkan Terima kasih buat Datuk Seri..

kalau korang sihat korang boleh tgk video nie..kalau x diminta jangan takot pening dan muntah hijau pulak..huhu3
video sekitar ketibaan PM di bandar tun razak jengka




tangan ketar-ketar mase rakam tu..tu yang gambar jadi cegampang tu..maklumlah orang ramai sangat duk serbu ke PM tu..huhu3. Sakit kepala jugaklaa tgk video ni..haha3.:p

Lepas balik dari event ni tadi terus aku tid0 mamp0s sampai petang..tak sedar ape dah..maklumlah bangun pagi2 tadi lepas subuh da gerak ke situ. tu yang rase ngant0k tahap cipan tu.. Cume nak komen jamuan kat situ tadi kureng sebab lauk ciput jer..tak kenyang langsung..huh!!! Tapi ape2 p0n ianya berjalan lancar dan jadi yg 1st time wat kat sini. Syabas Warga Jengka!!! Syabas Felda!!!!



*aku harap akan ade sebuah pasaraya yang diberi nama Jengka Mall kat bandar tun abdul razak ni nanti..huhu3

6 comments:

zaty said...

wah.popular felda kau.bila PM nk dtg kg aku lak.hihi

FirdAus BluRtz said...

hehe3..tulaa pasal...dpt masuk tv lg..:p

Raden said...

eh..warga felda ade kes kn...isap gam dalam ladang mereke..haha

ayanuts said...

he..he..sy cucu felda :)

FirdAus BluRtz said...

raden : xsemua warga felda macam tu.. jd gitu p0n sebab terpengaruh ngan org bandar tu semua jugak..org bndar lagi jahat dan lg teruk dari org felda nie..


ayanuts : yekew...bagos3...hehe3

Liyana Zahim said...

Pehhhh glemerrrrrla!!!!


Cuba klik dulu

Kongsikan Bl0g anDa diSini..^_^v