My Web


Tuesday, July 22, 2014

Bulan Julai 2014 paling bermakna

Assalamualaikum wbkt....


         Bulan 7 atau dalam kalendar universal nya disebut JULAI/JULY tahun 2014 ini begitu amat bermakna sekali dalam hidup aku. Nak tahu ape yang bermakna tu?? Nehh aku ceritakan...

         Tepat 7/7/2014 (cantikkan tarikh tu) cahaya mata pertama aku dilahirkan ke dunia ini. Hati seorang ayah mana yang tak gembira bila dapat seorang anak.. Hari tu lah perasaan aku tersangat2 gembira sampai menitiskan air mata lelaki ini... Tak dapat diucapkan dengan kata-kata perasaan waktu tu. Alhamdulillah penantian selama setahun setengah akhirnya impian aku dan isteri untuk menimang cahaya pertama telah tercapai. AKU DAH JADI AYAH..Yeaayy!!! Terima kasih ya Allah... anak pertama aku seorang puteri.. boleh jadi Kak Long laa nanti..hehe3. Sempena  jugak dia lahir dalam bulan puasa/ramadhan ni, jadi terfikirlah dibenak otak aku ni nak letak nama dia.. 


NUR AISHA RAMADHANI 


sedap tak nama tu?? hehee3.. jangan puji lebih2 malu saya..hihiik3.

Dan yang paling bermakna sekali raya tahun ni kami dah bertiga... kene pilih tema baju yang sama lah nampaknya.. tengah dok mikir lagi sampai ari ni tak tahu nak warna apa untuk tahun ni..huhu3.

      Itulah saje cerita aku untuk bulan 7 ini. Bulan depan hari jadi aku pulak.. huhu3. Apepon Syukur alhamdulillah diatas semua rezeki dari Allah yang dilimpahkan untuk kita semua. amin.. Sebelum habis typing aku kat blog ni(maklumlah dah lama tak update blog) aku nak ucapkan buat semua blogger dan pembaca serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.' Kalau ade salah silap mohon maaf yer... kosong-0 k!!. Sape nak duit raya sila datang rumah, tapi 50 sen sorang jer tau...hahahaa3.   Assalamualaikum.


#PRAY4MH17
#PRAY4GAZAPALESTINE

No comments:

Cuba klik dulu

Kongsikan Bl0g anDa diSini..^_^v